TEMPAT MAKAN BEST DI SEGAMAT,JOHOR

Hai,Assalammualaikum.

Dari Port Dickson merantau menuntut ilmu di Uitm Segamat, mestilah kena explore tempat-tempat makan yang best dekat sini walaupun kawasan dia kecil je. Selalu kalau nak makan dekat luar malam-malam ajak Adzuan. Dia laa yang bawak mana-mana tempat entah aku ikut je.

Antara kedai makan yang selalu pergi dan well known among Uitm student:

1) Gerai Nasi Goreng Daging Salai

Gambar : Google


Terletak dibelakang pasar basah. Kecik je gerai dia, mungkin ada bau yang kurang menyenangkan
sebab dekat dengan pasar. Walaupun gerai kecik dan simple, pekerja 3 orang, gerai dia selalu penuh sama ada pelanggan makan dekat situ atau bungkus.

Sesiapa yang suka pedas boleh cuba makan dekat sini. Tahap kepedasan dari Level 0 hingga Level 6.
Selalu aku order Level 0.5 tu pun dah berhingus. Pernah cuba makan Level 2 ambik kau ke toilet terus.

Harga ikut level kepedasan, Waktu operasi dari pukul 5 petang-12 tengah malam.

2)  Restoran Arshad

Gambar: Google

Terletak di Jalan Kampung Genuang,85000, Segamat. Waktu operasi dari 4.30petang-12 tengah malam. Senang nak cari restoran nie sebab betul-betul tepi jalan.

Tarikan restoran nie kadang-kadang ada live band, screen besar, nasi lemak daun pisang dengan sate. Meja makan pun banyak. Harga standard laa tak murah tak mahal.



3) Restoran Siam Traffic Light

Tiada gambar dijumpai. Tapi senang je nak cari restoran nie. Kalau perasan stesen minyak Shell korang terus je jumpa traffic light. Tengok sebelah dah jumpa.

Suka makan kuey tiow pataya. Not bad.




4) Restoran Selera U- Turn

Gambar : Facebook

Lokasi: Batu 1/2, Jalan Buluh Kasap
Kenapa U-Turn.? sebab kalau nak pergi tempat nie dari bandar korang kena u-turn dulu.

Pernah keluar makan dekat sini, masa tu tiba-tiba bandar Segamat black out, order kuey tiow dapat yang dah hangit punya. Takpelah mungkin tukang masak dia tak nampak. Kalau nak layan bola dekat sini pun boleh sebab disediakan screen besar juga.



5) Restoran Rohaya 24 Jam

Tiada gambar dijumpai. Terletak berhampiran Dataran Segamat. Aku sendiri tak pernah pergi kedai nie. Tapi popular juga dalam kalangan pelajar uitm.




6) Malabar Cafe

Gambar: Google

Search Jalan Pee Kong Hai, sebenarnya kedai mamak biasa je. Tapi ramai student yang lepak sini termasuklah aku dengan Adzuan, kalau ada bola lagi-lagi game JDT dengan MU nampaklah kitorang dekat sini. Selalu order roti canai banjir. Harga berpatutan.



7) Kedai Nasi Ayam Mustafah

Gambar: Google

Pemilik kedai nie seorang Cina Muslim, walaupun kedai dia agak tersorok tapi still popular. Agak-agak hujung minggu rasa nak lunch dekat luar bolehlah pergi sini. Harga pun berpatutan yang penting sedap.



8) Gerai Saufi Anim

Gambar : Google

Lokasi: No 5, Jln Syed Kadir, Kg Abdullah,85000,Segamat.

Senang cerita gerai nie dekat dengan food court yang banyak kedai Siam tu. Gerai-gerai lama dan agak usang. Tapi orang beratur beb, lauk banyak, kuih-muih banyak. Rambang mata.
Aku selalu makan nasi lemak letak rendang ayam. Tak pandang kiri-kanan dah.

tempat-tempat aku senarai tu bolehlah untuk makan tengahari dengan malam. Kalau petang-petang lepak cendol jela.



9) Warung Cendol Masjid India

Gambar tempat nie tak jumpa pulak. Tapi dia betul-betul dekat masjid Segamat tu. Digalakkan order cendol pulut + rojak mee. Ngammm



10) Burger Segamat


Gambar : Google

Nie kalau dapat time tengah-tengah malam memang seronok. Kalau duduk Segamat tak cuba memang loser laa. Haha okey gurau je. Stall burger betul-betul terletak depan Billion. Senang je nak jumpa. Selalu petang dia dah mula beroperasi.


Itu saja dapat senaraikan. Kalau nak tambah boleh drop comment. Terima Kasih





























SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA KE ASRAMA/UNIVERSITI/KOLEJ

Hai,

Post yang dituju khas untuk adik-adik yang bakal menjejaki ke alam universiti/kolej.

Macam aku jugak dulu pening fikir nak bawa apa pergi U nie. Tengoklah guide dalam attachment dalam surat tawaran tu kena bawa baju kurung laa kasut sukan laa. Rupanya barang tu prefer digunakan masa minggu orientasi.

So,sini ada beberapa idea barang yang perlu dibawa.

Barang untuk bilik
  - Penyapu
  - Penyodok sampah
  - Kain lap buruk
  - Surat khabar lama ( lap cermin bagi kilat )
  - Bulu ayam ( kalau rajin nak bawak )
  - Extension plug ( tak payah rebut plug dengan roomate )
  - Cangkuk S ( boleh gantung beg )
  - Cangkuk sticker ( alahh yang ada double tape tu )
  - Seterika (iron paling PENTING!! )

Barang untuk tidur
  - Cadar x2 ( boleh ganti-ganti )
  - Bantal ( mostly hostel sediakan tilam je)
  - Selimut/Comforter
  - Lampu tidur ( untuk yang takut gelap melainkan roomate tak kisah tidur pasang lampu)

Barang Mandian
  - Baldi kecik
  - Sabun
  - Syampu
  - Berus & Ubat gigi
  - Pencuci muka
  - Shaver & Gunting kecik (faham sendiri kegunaanya)
  - Mesh ( jaring untuk sental daki tu )
  - Tuala x2
  - Kain batik ( in case segan nak berkemban pakai tuala )

Barang untuk Dobi
  - Baldi besar x2 ( satu baju kotor, satu nak rendam baju ke macam tu )
  - Sabun basuh
  - Pelembut (softener)
  - Berus kecik
  - Hanger ( bawak sebanyak mungkin kemungkinan orang pinjam atau rembat )
  - Penyepit
  - Hanger bulat ( yang gantung panties bra bagai tu )

Barang untuk makan
  - Sudu & Garfu
  - Pinggan & Mangkuk
  - Cawan & Gelas
  - Tupperware ( in case nak simpan biskut taknak bagi lemau macam tu )
  - Span & Sabun basuh pinggan ( Span bawak lebih takut hilang )
  - Water heater

  - Roti
  - Biskut
  - Minuman 3 in 1
  - Cordial ( sirap ke sarsi ke bawa je )
  - Gula pasir ( bancuh dengan air panas nanti jadi air gula )
  - Susu tin ( tidak digalakkan bawa sebab tak tahan lama melainkan ada peti ais )

 Barang untuk Kerohanian
  - Telekung untuk perempuan, Kain pelikat untuk lelaki
  - Sejadah
  - Al Quran
  - Yassin

Barang untuk Belajar
  - Meja lipat kecik ( in case nak study dekat lantai )
  -Alat tulis
  - Puncher ( yang penebuk lubang tu )
  - Paper clip
  - Kertas A4 dan kertas kajang (test pad )
  - Fail bahagi ikut subjek.
  - Kotak letak buku.
                                                      Meja study saya dulu. Hias kemas-kemas
                                                       bagi semangat nak study gitu.

Barangan elektrik
  Bagi clear sikit
  - Water heater
  - Iron
  - Extension plug
  - Laptop
  - Pendrive
  - Printer ( kalau ada )
  - Wifi/Broadband (kalau ada)

Barangan asas
  - Bawa barang make up ( comel sikit pergi kelas )
  - Cotton bud
  - Losyen
  - Tuala wanita
  - Ketip kuku
  - Kerongsang & jarum peniti
  - Tisu kotak, tisu poket, tisu basah

Pakaian

 Untuk Lelaki

    Baju formal
      - Kemeja
      - Seluar slack
      - Blazer
      - Tie
      - Kasut kulit ( pengilat kasut jangan lupa bawa)
 
    Pakaian ke kelas
      - Baju berkolar
      - Seluar jeans atau yang sesuai ke kelas
      - Kasut bertutup

  yang lain bawalah baju Melayu, baju untuk aktiviti luar,

Untuk perempuan
 
    Baju formal
       - Kemeja
       - Seluar slack/kain
       - Kasut bertutup

    Pakaian ke kelas
       - Pakai apa-apa asalkan sopan dan molek

Okey itu je senarai barang yang boleh saya tolong. Nak tambah apa-apa boleh tinggalkan komen dibawah.




RINDU

Hai,

Lamanya tak tengok blog, tak update post baru. Last update masa zaman belajar dulu yang mana setiap kali semester habis mesti post pasal sem tu.

Sebaik ingat lagi email and password, then draft kan semua post dulu-dulu yang banyak mengarut dan menggunakan ejaan yang tidak boleh dicari dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka. I mean bahasa rempit laa. Sebagai contoh aku=aqu. Blerghh so lame eiqa. Then, daftar blog dekat Nuffnang mana tahu traffic blog boleh archieve rate one day boleh dapat side income. Hahaha.

Dengan harapan, post akan datang bermanfaat untuk semua.

p/s: see u next post.