TEMPAT MAKAN BEST DI SEGAMAT,JOHOR

Hai,Assalammualaikum.

Dari Port Dickson merantau menuntut ilmu di Uitm Segamat, mestilah kena explore tempat-tempat makan yang best dekat sini walaupun kawasan dia kecil je. Selalu kalau nak makan dekat luar malam-malam ajak Adzuan. Dia laa yang bawak mana-mana tempat entah aku ikut je.

Antara kedai makan yang selalu pergi dan well known among Uitm student:

1) Gerai Nasi Goreng Daging Salai

Gambar : Google


Terletak dibelakang pasar basah. Kecik je gerai dia, mungkin ada bau yang kurang menyenangkan
sebab dekat dengan pasar. Walaupun gerai kecik dan simple, pekerja 3 orang, gerai dia selalu penuh sama ada pelanggan makan dekat situ atau bungkus.

Sesiapa yang suka pedas boleh cuba makan dekat sini. Tahap kepedasan dari Level 0 hingga Level 6.
Selalu aku order Level 0.5 tu pun dah berhingus. Pernah cuba makan Level 2 ambik kau ke toilet terus.

Harga ikut level kepedasan, Waktu operasi dari pukul 5 petang-12 tengah malam.

2)  Restoran Arshad

Gambar: Google

Terletak di Jalan Kampung Genuang,85000, Segamat. Waktu operasi dari 4.30petang-12 tengah malam. Senang nak cari restoran nie sebab betul-betul tepi jalan.

Tarikan restoran nie kadang-kadang ada live band, screen besar, nasi lemak daun pisang dengan sate. Meja makan pun banyak. Harga standard laa tak murah tak mahal.



3) Restoran Siam Traffic Light

Tiada gambar dijumpai. Tapi senang je nak cari restoran nie. Kalau perasan stesen minyak Shell korang terus je jumpa traffic light. Tengok sebelah dah jumpa.

Suka makan kuey tiow pataya. Not bad.




4) Restoran Selera U- Turn

Gambar : Facebook

Lokasi: Batu 1/2, Jalan Buluh Kasap
Kenapa U-Turn.? sebab kalau nak pergi tempat nie dari bandar korang kena u-turn dulu.

Pernah keluar makan dekat sini, masa tu tiba-tiba bandar Segamat black out, order kuey tiow dapat yang dah hangit punya. Takpelah mungkin tukang masak dia tak nampak. Kalau nak layan bola dekat sini pun boleh sebab disediakan screen besar juga.



5) Restoran Rohaya 24 Jam

Tiada gambar dijumpai. Terletak berhampiran Dataran Segamat. Aku sendiri tak pernah pergi kedai nie. Tapi popular juga dalam kalangan pelajar uitm.




6) Malabar Cafe

Gambar: Google

Search Jalan Pee Kong Hai, sebenarnya kedai mamak biasa je. Tapi ramai student yang lepak sini termasuklah aku dengan Adzuan, kalau ada bola lagi-lagi game JDT dengan MU nampaklah kitorang dekat sini. Selalu order roti canai banjir. Harga berpatutan.



7) Kedai Nasi Ayam Mustafah

Gambar: Google

Pemilik kedai nie seorang Cina Muslim, walaupun kedai dia agak tersorok tapi still popular. Agak-agak hujung minggu rasa nak lunch dekat luar bolehlah pergi sini. Harga pun berpatutan yang penting sedap.



8) Gerai Saufi Anim

Gambar : Google

Lokasi: No 5, Jln Syed Kadir, Kg Abdullah,85000,Segamat.

Senang cerita gerai nie dekat dengan food court yang banyak kedai Siam tu. Gerai-gerai lama dan agak usang. Tapi orang beratur beb, lauk banyak, kuih-muih banyak. Rambang mata.
Aku selalu makan nasi lemak letak rendang ayam. Tak pandang kiri-kanan dah.

tempat-tempat aku senarai tu bolehlah untuk makan tengahari dengan malam. Kalau petang-petang lepak cendol jela.



9) Warung Cendol Masjid India

Gambar tempat nie tak jumpa pulak. Tapi dia betul-betul dekat masjid Segamat tu. Digalakkan order cendol pulut + rojak mee. Ngammm



10) Burger Segamat


Gambar : Google

Nie kalau dapat time tengah-tengah malam memang seronok. Kalau duduk Segamat tak cuba memang loser laa. Haha okey gurau je. Stall burger betul-betul terletak depan Billion. Senang je nak jumpa. Selalu petang dia dah mula beroperasi.


Itu saja dapat senaraikan. Kalau nak tambah boleh drop comment. Terima Kasih





























3 comments:

  1. Kedai siam tu kat mana ek? Dah lama nak pergi tapi xjumpa.

    ReplyDelete
  2. Cuba makan kat mono cafe dan balak house.

    ReplyDelete